Showing posts with label Info Terkini. Show all posts
Showing posts with label Info Terkini. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

Wafatnya Syeikh Sayyid Tantawi (Beserta Profilnya)

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Syeikhul Azhar, Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Riyadh, Arab Saudi ketika usianya 82 tahun. Beliau wafat pada pagi hari ini (Rabu) 10 Mac 2010 akibat serangan jantung sebagaimana yang dilaporkan akhbar-akhbar. Tujuan beliau ke Riyadh ialah untuk menghadiri majlis Anugerah Al-Malik Faisal. Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid, Riyadh, beliau diserang sakit jantung secara tiba-tiba sedangkan sebelum itu beliau berada dalam keadaan sihat. Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana.

Anak lelakinya, Amru Muhammad Sayyid Tantawi berkata, persetujuan telah dicapai bahawa ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi' di Madinah Al-Munawwarah.

Profil Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah

Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So'id Misr. Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.

Memperoleh PhD dalam bidang Hadith dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang). Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah Al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-'Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Kaherah.

Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir. Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar.

Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yg mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yang bermutu.

Peribadinya

Syeikh Sayyid Tantawi walaupun seorang yang berkedudukan tinggi di dalam kerajaan Mesir, namun sedikit pun tidak memberikan kesan kepada kehidupannya. Malah terkenal sebagai seorang yang zuhud, tenang dan sejuk mata memandang. Butir-butir kalam yang keluar daripada beliau mampu menusuk ke jiwa sanubari sesiapa yang ingin memahaminya.

Syeikh Sayyid Tantawi merupakan seorang yang sangat kuat membaca dan terlalu asyik jika membaca, sehingga diceritakan beliau terpaksa menyuruh salah seorang pembantunya untuk menunggu dan mengingatkan kepada beliau bilamana waktu solat telah masuk, bimbang terlepas waktu solat. Ini kerana jika beliau mula membaca pada awal pagi, maka beliau hanya akan tamat membaca jika telah masuk waktu Zohor. Ini adalah rutin kehidupan beliau.

Bilamana meneliti kehidupan beliau, seolah-olah terpancar sinar para ulama terdahulu yang terlalu asyik dan masyuk ketika membaca. Kisah Imam Isnawi rahimahullah yang membaca bermula selepas Isyak sehinggalah terlepas solat Subuh hanya kerana terlalu asyik membaca dan menulis sehingga tidak sedar bahawa matahari semakin meninggi. Beliau hanya menyedari bahawa subuh telah tamat bilamana cahaya matahari memancar ke wajahnya. Masya Allah, begitu asyik sekali membaca seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Berbeza dengan sikap 'pewaris para ulama' sekarang, lebih banyak tidur daripada membaca. Apa yang berlaku kepada kita, adalah sebalik daripada cerita Imam Isnawi rahimahullah dan Imam Tantawi rahimahullah.

Karya-karyanya

- Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969)

- At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972)
- Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990)
- Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)


Kontroversi Semasa Hidupnya

Memang tidak dinafikan Syeikh Tantawi rahimahullah pernah mengeluarkan fatwa yang kelihatan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yang tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yang layak dan tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama.

Berkata Ibnu Asakir:

"Sesungguhnya daging para ulama itu beracun.
"

Daripada Ibnu Umar ra, sabda Rasulullah saw:

"Sebutlah kebaikan-kebaikan orang-orang yang mati di kalangan kamu dan tahanlah (diri kamu) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka."


(Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

Semoga Allah menempatkan beliau bersama para anbiya dan solihin. Amin.

Rujukan:
http://lamanulama.blogspot.com/2010/03/syeikhul-azhar-syeikh-tantawi-kembali.html
http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/03/belasungkawa-syaikhuna-al-allamah.html

Sunday, January 17, 2010

Video Menarik Kisah Hidup Hasan Al-Banna

Saya siarkan video di bawah ini yang mungkin ada antara kalian belum pernah lihat atau tontoni. Saya siarkannya bersempena dengan Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa yang akan berlangsung pada 30 Januari ini. Video ini audionya dalam bahasa Arab dan ada disediakan sarikatanya dalam bahasa Melayu. Selamat menonton & menyelami peri kisah hidup dan perjuangan beliau sehingga beliau syahid akhirnya.



TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii. Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

Photobucket

Layari http://kobanna.ismaweb.net untuk maklumat lanjut.

Monday, December 21, 2009

Dua Program Bersama Dr Wahbah Az-Zuhaily

1. Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia

Tarikh:
23 - 24 Disember 2009

Masa:
8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor,
Shah Alam

Anjuran:
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)


2. Program Bersama Dr Wahbah Az-Zuhaily Di Masjid Shah Alam

Tarikh:
23 Disember 2009

Masa:
Selepas solat maghrib

Tempat:
Masjid Negeri Shah Alam, Selangor

Saturday, December 19, 2009

Dr Yusuf Al-Qaradawi, Tokoh Maal Hijrah 1431H

PUTRAJAYA: Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, hari ini dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009.

Anugerah kali kelapan itu disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebagai penerima, Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Dalam ucapannya, tokoh ilmuwan kelahiran Mesir itu berkata, beliau menghargai anugerah yang diberikan kepadanya namun apa yang lebih utama ialah kekagumannya terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.

“Hubungan dan perkenalan saya dengan Malaysia bukanlah baru hari ini atau pun semalam, malah ia adalah satu hubungan yang telah bermula sejak setengah kurun yang lalu.

“Saya mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di sini,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Menurutnya, beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar.

“Saya juga telah sampai ke beberapa buah negeri di sini sehingga pernah satu ketika saya dibawa menaiki pewawat tentera bagi memudahkan saya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat.

“Saya juga ada bertemu dengan pihak pemerintah sama ada daripada Umno mahupun PAS serta saya pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” ujarnya.

Menyusuri kisah hidupnya, tokoh ilmuwan ini telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam fiqh al-Zakat pada tahun 1973.

Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan

Beliau mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah.

Sehingga 2008, seramai 19 orang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya dikurniakan anugerah tersebut.

Antaranya ialah Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi dan Dr Wahbah Az-Zuhaili.

Sumber:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/18/mstar_berita/20091218160800&sec=mstar_berita

Friday, December 18, 2009

Majlis Muhadharah Perdana 2009 Bersama Dr Yusuf Al-Qaradawi

Tarikh
19 Disember 2009 (Sabtu)

Masa
9.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

9.00 pagi Kehadiran

9.20 pagi Ketibaan Menteri

9.25 pagi Bacaan doa

9.30 pagi Ceramah Dr Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia

10.45 pagi Ucapan Menteri

11.30 pagi Bersurai

Semua dijemput hadir.

Toggle